18 Jun 2025 – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Hilmi Abdullah berkata, projek berkenaan diusahakan oleh Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan (PSPM) Sdn Bhd bersama DwiTekno Solutions sebagai pendekatan inovatif memperkasakan pengurusan sisa pepejal negeri. Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan Projek Perlombongan Sampah (Landfill Mining – LFM) pertama yang berjaya dilaksanakan secara komersial di Malaysia bertempat di Tapak Pelupusan Sampah Beris Lalang, di sini.