كلنتن يوتيليتيس مباركن هلديڠس سنديرين برحد

Oktober 14, 2025 10:32 pm

Pengenalan

KUM telah diperbadankan pada 29 November 2007 dan dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pada awalnya, KUM terlibat dalam operasi air dan pengurusan kumbahan.

Walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa, KUM telah berkembang dengan mempelbagaikan portfolio pelaburannya untuk turut merangkumi industri teknologi hijau.
Pada tahun 2019, KUM telah dilantik secara rasmi oleh kerajaan negeri sebagai Rakan Kongsi Strategik dalam membangunkan industri teknologi hijau di Kelantan.

Dalam usaha mencapai visinya untuk menerajui pembangunan industri utiliti dan teknologi hijau di Kelantan, KUM berusaha untuk meletakkan dirinya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan komited dalam membina hubungan yang kukuh dengan bakal pelabur Kelantan.

KUM was incorporated on 29th November 2007 and is wholly owned by Kelantan Chief Minister Incorporated (PMBK). Initially, KUM was involved in the water operations and sewerage management.

However, over time KUM has since evolved to diversifying its investment portfolio to also covering the green technology industry.

In 2019, KUM was officially appointed by the state government as its Strategic Partner indeveloping the green technology industry in Kelantan.

In its endeavour of achieving its vision to lead the development of the utility and green technology industry in Kelantan, KUM strives to position itself as the trusted and committed partner in building strong relationships with potential investors of Kelantan.

Hala Tuju Strategik

Menerajui Pembangunan

Industri utiliti dan teknologi hijau di Kelantan dan Malaysia

Rakan Kongsi Strategik Pilihan

Dalam membangunkan industri utiliti dan teknologi hijau di Kelantan dan Malaysia

Organisasi Progresif & Proaktif Yang Berintegriti Tinggi

Menyediakan perkhidmatan berkualiti berkaitan utiliti dan teknologi hijau di Kelantan dan Malaysia

Visi

Menjadi rakan kongsi pilihan dalam membangunkan industri utiliti dan agenda hijau di Kelantan serta Malaysia

Misi

Memupuk dan membangunkan modal insan kami dengan integriti tinggi dan kecekapan teras yang kukuh
Menjadi penaung yang berdedikasi untuk semua anak syarikat dan rakan kongsi kami
Menjadi rakan kongsi strategik dalam bidang perniagaan berkaitan di peringkat domestik dan antarabangsa
Menjadi organisasi yang progresif, proaktif dan telus dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi berkaitan utiliti dan teknologi hijau di Negeri Kelantan dan Malaysia.
Scroll to Top