كلنتن يوتيليتيس مباركن هلديڠس سنديرين برحد

Oktober 15, 2025 1:37 pm

Kilang paip HDPE antara usaha selesai isu kritikal air di Kelantan

17 Julai 2024 – Pembukaan kilang Paip HDPE antara usaha kerajaan negeri menyelesaikan isu kritikal pembekalan air bersih dan terawat di negeri ini selain menarik pelabur untuk merancakkan ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, penilaian keadaan semasa ke atas Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendapati di antara punca masalah bekalan air di Kelantan ialah keadaan paip yang uzur dan kecekapan sumber manusia yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Menurut beliau, kilang HDPE Kel Intaaj dimiliki oleh Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) yang juga syarikat induk AKSB dan mengadakan kerjasama dengan syarikat yang prominen dalam sektor pembuatan paip HDPE iaitu Dura Mine Sdn Bhd.

Scroll to Top