كلنتن يوتيليتيس مباركن هلديڠس سنديرين برحد

Julai 11, 2025 3:08 pm

PKL rangkum pelbagai aktiviti berteraskan Islam

18 April 2022 – Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Program Komuniti Lestari Mukim Pulau Gajah adalah projek rintis hasil kerjasama antara agensi KASA iaitu Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dengan Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd (KUM).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, PKL mampu menjadi alternatif kepada pembangunan komuniti ke arah kelestarian yang mana program ini adalah satu inisiatif yang bersifat jangka panjang untuk membangunkan komuniti secara terancangTurut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Kaya Setia Nazran Muhammad, Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Kementerian Alam Sekitar dan Air, Noor Afifah Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Greentech Technology Climate Change Corporation (MGTC), Ts Shamsul Bahar Mohd Nor dan Pengurus Besar Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd (KUM), Dr. Mohd Roshdi Hassan.

Program ini turut membabitkan sokongan kepakaran daripada pelbagai pihak seperti Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jabatan Pertanian Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Pembangunan Wanita Kelantan ( PPWK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Scroll to Top