كلنتن يوتيليتيس مباركن هلديڠس سنديرين برحد

Ogos 20, 2025 11:20 am

Kelantan menandatangani MoU dengan syarikat Jepun untuk membangunkan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Bersepadu

17 Julai 2024 – Kerajaan Negeri Kelantan melalui Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama sebuah syarikat dari Jepun, Japan Orchid Inc (J.Orchid), bagi membangunkan Projek Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Bersepadu dan Kemudahan Penukaran Karbon (Carbonisation) di Tanah Merah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin, berkata MoU itu dimeterai antara KUM dan J.Orchid pada hari ini.
Menurut beliau, kerjasama antara KUM dan J.Orchid bermula sejak tahun 2023 apabila syarikat Jepun itu mengemukakan kertas cadangan projek dalam satu sesi perbincangan bersama KUM dan anak syarikatnya, Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn Bhd (PSPM).

Scroll to Top