كلنتن يوتيليتيس مباركن هلديڠس سنديرين برحد

Oktober 15, 2025 2:32 am

Projek-projek

Projek Semasa

Mobiliti Hijau

Menaik taraf 15 beca yang berdaftar dengan Pusat Maklumat Pelancongan Negeri Kelantan kepada beca elektrik sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan taraf hidup penunggang beca dan sebagai salah satu tarikan pelancong. Penggunaan e-buggy (buggy elektrik) di Mini Zoo Kuala Krai.

Pengurusan Sisa

1. Tapak Pelupusan
Mengurus dan mengendalikan tapak pelupusan di Bachok (Beris Lalang), Tumpat (Kok Bedolah) dan Tanah Merah (Bukit Che Ros).


2. Menjalankan projek Landfill Mining di tapak Beris Lalang bermula Februari 2023 untuk mengekstrak semula sisa lama, memanjangkan hayat tapak sedia ada dan menghasilkan kompos serta bahan kitar semula yang lebih mampan. Teknologi ini menggabungkan proses bio-drying dan Material Recovery Facility (MRF) untuk mengekstrak semula sisa dari tapak pelupusan lama dan menghasilkan produk berguna seperti kompos dan Refuse Derived Fuel (RDF). Inisiatif ini bukan sahaja membantu memulihkan tapak pelupusan untuk kegunaan semula, malah menyasarkan peningkatan kapasiti dari 50 tan sehari kepada 500 tan sehari dalam tempoh empat tahun dengan hasil 30% kompos dan 20% bahan kitar semula yang bernilai secara komersial.


3. Telah memulakan penternakan larva Black Soldier Fly (BSF) di pasar Borong Pasir Mas dan Tanah Merah untuk mengurus sisa organik untuk menghasilkan makanan haiwan dan baja organik.

Tenaga Boleh Diperbaharui

1. Projek Solar Terapung Danau Tok Uban di Pasir Mas, Kelantan merupakan usaha sama antara Kelantan Utilities Mubaarakan dan Cypark Resources Berhad telah menjadikannya antara ladang solar terapung terbesar di Asia Tenggara. Dengan kapasiti 60 megawatt AC, projek ini mula beroperasi secara komersial (COD) dalam dua fasa iaitu DTU1 pada 7 Januari 2025 dan DTU2 pada 31 Januari 2025. Ia mampu membekalkan tenaga bersih kepada lebih 46,000 isi rumah dan mengurangkan pelepasan karbon sehingga 179,000 tan setahun.


2. Pada 10 Oktober 2024, KUM telah menjalin Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) semasa pameran IGEM 2024 di KLCC. Projek bertujuan memasang sistem solar fotovoltaik (PV) di kawasan kampus KIAS sebagai model penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam institusi pendidikan.

Digitalisasi

KUM sedang membangunkan sistem Program Komuniti Amalan Hijau (e-PKAH) sebagai inisiatif memperkasakan pendidikan kelestarian kepada ekonomi kitaran di negeri Kelantan. Sistem ini memudahkan masyarakat mengetahui lokasi dan program berkaitan kelestarian dan memudahkan masyarakat mengasingkan sisa pepejal di punca. Sistem e-PKAH ini dibangunkan oleh kakitangan dalaman KUM sendiri.

Bahagian Teknologi Air

Kelantan kini mempunyai kilang pengeluaran paip HDPE pertama di Pantai Timur, iaitu Kel‑Intaaj Sdn Bhd yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Dimiliki oleh Kelantan Utilities Mubaarakan (KUM) dengan kerjasama Dura Mine Sdn Bhd dari Selangor, kilang ini memulakan operasinya dengan dua unit mesin untuk menghasilkan paip bersaiz 20–75 mm dan 110–225 mm serta merancang penambahan kapasiti mengikut permintaan semasa.

Projek Akan Datang

Sistem Solar

Projek di IPTA, IPTS, Premis Kerajaan Negeri, Swasta dan Rumah.

Loji Biogas

KUM telah bekerjasama dengan SC Green untuk membangunkan sebuah loji biogas yang menggunakan sisa organik dari tapak pelupusan untuk menjana elektrik sehingga 1.2 megawatt, sekali gus mengurangkan jumlah sisa harian sehingga 50%. Projek ini turut dilengkapi dengan fasiliti Material Recovery Facility (MRF) yang berfungsi memisahkan sisa bukan organik seperti plastik, kertas, besi, dan kaca untuk dikitar semula atau dilupuskan secara sistematik, manakala sisa organik dihantar ke loji biogas atau pusat penternakan larva Black Soldier Fly (BSF) bagi tujuan pemulihan dan penjanaan sumber baharu yang lebih mampan.

Biocip Buluh

KUM telah menubuhkan syarikat bersekutu, Maju Kastera Mubaarakan Sdn Bhd (MKM) untuk mengeksport Biocip Buluh ke Jepun.

Scroll to Top